fbpx
Poster filem The Age of Goodbyes yang dimuat naik oleh Nie Ching di laman Facebook.

‘The Age of Goodbyes’ cipta sejarah, filem Malaysia pertama ke TIFF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Filem The Age of Goodbyes mencipta sejarah apabila menjadi filem Malaysia pertama dipilih ke kategori Special Presentations di Festival Filem Antarabangsa Toronto (TIFF), sekali gus bakal mengadakan tayangan perdana dunia di festival berprestij itu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menerusi satu hantaran di Facebook berkata, kejayaan tersebut bukan sahaja menjadi mercu tanda baharu buat industri perfileman negara, malah mengangkat karya sastera Cina Malaysia ke pentas perfileman antarabangsa buat kali pertama.

Menurutnya, filem itu merupakan adaptasi pertama daripada novel sastera Cina Malaysia yang berjaya dipilih ke salah satu platform filem paling berprestij di dunia.

“Pemilihan ini merupakan pencapaian yang membanggakan kerana membawa karya tempatan ke pentas antarabangsa, sekali gus memperkenalkan keunikan penceritaan Malaysia kepada dunia,” katanya.

Beliau berkata, filem itu diterbitkan menerusi kerjasama Malaysia dan Taiwan serta menerima sokongan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Katanya, kejayaan tersebut turut membuktikan keupayaan bakat tempatan serta kepentingan sokongan terhadap industri kreatif dalam menghasilkan karya bertaraf antarabangsa.

Nie Ching turut merakamkan ucapan tahniah kepada pengarah, Edmund Yeo, penulis novel asal, Li Zi Shu, penerbit Dennis Lai serta seluruh barisan pelakon dan tenaga produksi yang menjayakan filem berkenaan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pelakon utama dari Taiwan, Vivian Sung yang membawakan watak Durian dalam adaptasi tersebut.

“Saya mendoakan The Age of Goodbyes terus mencipta kejayaan di TIFF dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia, selain memperkenalkan kekayaan karya tempatan kepada lebih ramai penonton antarabangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN