SEREMBAN – Seorang lelaki berusia 52 tahun direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang mengandungi kenyataan berunsur penghinaan serta menyentuh sensitiviti institusi diraja Negeri Sembilan.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, lelaki itu direman bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Semalam Kosmo! melaporkan, seorang lelaki ditahan pada pukul 1 tengah hari berhubung satu hantaran yang dimuat naik menerusi aplikasi Threads dipercayai mengandungi kenyataan berunsur penghinaan serta menyentuh sensitiviti institusi diraja Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE














