fbpx
MBAPPE mengumpul 10 gol pada edisi kali ini untuk mempertahankan gelaran penjaring terbanyak kali kedua berturut-turut selepas di Qatar. - AFP

Piala Dunia 2026: Mbappe cipta sejarah hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW JERSEY – Penyerang Perancis, Kylian Mbappe terus mengukuhkan statusnya sebagai antara bintang bola sepak moden apabila muncul pemain pertama memenangi Anugerah Kasut Emas Piala Dunia sebanyak dua kali berturut-turut.

Bintang Real Madrid itu meledak 10 gol dalam lapan perlawanan pada edisi Piala Dunia kali ini untuk mengetepikan pencabar terdekat, Lionel Messi sekali gus mempertahankan gelaran yang turut dimenanginya pada edisi Qatar 2022.

Lebih membanggakan, Mbappe turut mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama menjaringkan dua digit gol dalam satu edisi Piala Dunia sejak kali terakhir legenda Jerman Barat, Gerd Muller melakukannya pada 1970.

“Apabila anda menjaringkan begitu banyak gol di Piala Dunia, ia sudah tentu membawa anda ke satu tahap yang berbeza.

“Tetapi, saya lebih rela tidak memenangi kasut emas dan beraksi di pentas final. Mungkin ia baik untuk legasi saya selepas bersara nanti, namun buat masa ini, itu bukan perkara yang saya fikirkan,” katanya.

Hanya dua pemain dalam sejarah memiliki rekod lebih baik berbanding Mbappe dan Muller iaitu Just Fontaine yang menjaringkan 13 gol buat Perancis pada 1958 serta Sandor Kocsis dari Hungary dengan 11 gol pada edisi 1954.

Mbappe turut memahat nama sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia lelaki dengan 22 gol, sekali gus mengatasi rekod Messi yang mengumpul 21 jaringan.

Sementara itu, juara dunia baharu, Sepanyol membolot anugerah individu lain apabila kapten pasukan, Rodri dinobatkan sebagai pemenang Bola Emas selepas memainkan peranan penting membawa La Roja menjulang trofi dunia buat kali kedua.– AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN