fbpx
Tangkap layar video menunjukkan berjuta-juta anak ketam naik ke darat di Pantai Cemara baru-baru ini. - TikTok 

Berjuta-juta anak ketam naik darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Pengunjung sebuah pantai di Cianjur, wilayah Jawa Barat terkejut apabila menemui berjuta-juta anak ketam naik ke daratan, lapor portal berita Cianjur Ekspres. 

Kejadian berlaku di Pantai Cemara, Desa Cemara, baru-baru ini. 

Rakaman video kejadian dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @radar_cianjur menunjukkan berjuta-juta ketam kecil itu berkumpul dan memenuhi kawasan pantai. 

Seorang pakar marin bernama Ade Dadang Kusmayadi berkata, fenomena itu berpunca daripada beberapa faktor. 

“Ia boleh disebabkan oleh perubahan iklim atau suhu laut. Ketam biasanya berhijrah untuk mencari tempat pembiakan yang lebih selamat,” kata Ade. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 679,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Takut ini menjadi petanda, semoga tiada bencana berlaku,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN