fbpx
Gambar yang dikongsi Anwar di laman Facebooknya, hari ini.

Felda perlu terus diperkukuh, angkat martabat peneroka – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu terus diperkukuh sebagai institusi yang mengangkat martabat peneroka dan keluarga mereka.

Menurut beliau, kebajikan setiap generasi peneroka perlu berjalan seiring dengan usaha memperkukuh daya saing ekonomi serta kelestarian Felda.

Perkara itu ditegaskan Anwar selepas menerima kunjungan Pengerusi Felda yang baharu, Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir di Putrajaya, semalam.

“Dalam pertemuan tersebut saya tegaskan bahawa Felda mesti terus diperkukuh sebagai institusi yang mengangkat martabat peneroka dan keluarga mereka.

“Kebajikan setiap generasi peneroka perlu berjalan seiring dengan usaha memperkukuh daya saing ekonomi dan kelestarian Felda, termasuk memberi perhatian kepada isu-isu yang dihadapi generasi baharu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar yakin Ahmad Badri mampu meneruskan agenda pemulihan dan pengukuhan Felda berdasarkan amanah yang dipikulnya.

“Saya yakin dengan amanah yang dipikul, saudara Ahmad Badri mampu meneruskan agenda pemulihan dan pengukuhan Felda.

“Kerajaan Madani akan terus memberikan sokongan penuh demi memastikan institusi rakyat ini terus maju dan kekal relevan untuk generasi akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN