TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba nama Meerqeen kerap menjadi bualan ramai sejak beberapa hari lalu.
Semua itu disebabkan muncul beberapa netizen khususnya wanita yang teruja apabila berkongsi pengalaman dibuka pintu oleh Meerqeen.
Mungkin kedengaran tidak masuk akal tetapi itu kegembiraan yang dikongsi beberapa individu dalam platform Threads.
Kata mereka, Meerqeen bersifat ‘gentleman’ apabila tolong membukakan pintu di beberapa lokasi dan berterima kasih kepada pelakon tersebut atas bantuan kecil sebegitu.
“Banyak betul saya bukakan pintu ya,” kata bintang filem Klepet itu selepas kebaikannya menjadi sebutan ramai.
Perkongsian Meerqeen itu meraih banyak respons terutama golongan wanita yang turut mahu merasai pengalaman sama.
“Meerqeen nanti pergi pusat beli-belah mana, nak juga rasa dibukakan pintu’.
“‘Rare’ betul baca orang kongsi artis bukakan pintu tetapi mungkin ini kebaikan kecil yang jarang diuar-uarkan kepada umum,” kata netizen.














