SUNGAI BULOH – Kejadian tanah runtuh mengakibatkan dua buah rumah di Kampung Desa Aman di sini, terkena runtuhan di bahagian dapur semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.09 petang.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh tiba di lokasi pada pukul 6.25 petang.
“Kejadian tidak melibatkan mangsa dan pihak Polis Diraja Malaysia berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Seramai enam anggota bersama sebuah jentera FRT digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi. – KOSMO! ONLINE














