PETALING JAYA – Menteri Kerja Raya menegaskan bahawa kelewatan pembinaan Jambatan Sungai Durian di Kuala Krai, Kelantan tidak boleh berterusan.
Malah kata Datuk Seri Alexander Nanta Linggi beliau telah mengingatkan kontraktor supaya mempercepatkan pelaksanaan kerja termasuk menambah sumber di tapak.
Pada masa sama katanya, kontraktor juga pelru menyelesaikan segala isu teknikal dengan segera bersama Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Rakyat sudah terlalu lama menunggu dan projek ini mesti disiapkan mengikut jadual semasa.
“Saya tidak akan berkompromi dengan sebarang kelewatan yang berpunca daripada kelemahan pelaksanaan. Kementerian Kerja Raya dan JKR akan terus memantau rapi sehingga projek ini siap dan dapat dimanfaatkan oleh rakyat,”katanya di laman Facebook semalam.
Terdahulu, Alexander memaklumkan, beliau telah melakukan tinjauan mengejut ke Projek Penggantian Jambatan Sungai Durian, Kuala Krai senalam.
Beliau mendapati projek itu masih lewat walaupun telah diberikan enam lanjutan masa (EOT).
“Antara isu yang dibangkitkan ialah kerja borepile yang terjejas akibat halangan paip utiliti sedia ada serta isu berkaitan struktur sokongan sementara jambatan besi,” ujarnya.-KOSM0! ONLINE














