fbpx
Mayat pemancing yang ditemukan lemas dibawa ke Jeti Batu Uban, pagi tadi.

Pemancing terjatuh Jambatan P. Pinang ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang pemancing yang dilaporkan terjatuh ke laut, berhampiran tiang nombor lima Jambatan Pulau Pinang, menghala ke pulau di sini, semalam ditemukan lemas, hari ini.

Mayat, Abdul Ghani Mohsin, 39, dijumpai oleh nelayan pantai, kira-kira pukul 10.26 pagi tadi, pada jarak dua kilometer dari lokasi mangsa jatuh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, operasi carilamat dikoordinasi pasukan Maritim Malaysia dengan melibatkan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

Menurut, operasi tersebut turut mendapatkan bantuan pasukan Polis Marin dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Pencarian dilakukan dengan kaedah ‘water surface searching’ dengan radius keluasan sehingga lima kilometer dari lokasi mangsa jatuh.

“Mangsa telah dijumpai oleh nelayan pada pukul 10.26 pagi tadi, sebelum dibawa ke Jeti Batu Uban. Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pasukan polis,” katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan seorang pemancing dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut, di Jambatan Pulau Pinang, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN