fbpx
Kepimpinan tertinggi BN tiba di Wisma UMNO di sini hari ini bagi bertemu calon BN PRN Negeri Sembilan Ke-16. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

‘Sabar, malam ini kita umum’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Barisan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) hadir di Wisma UMNO di sini hari ini bagi bertemu calon BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 pada 1 Ogos depan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat tiba pada pukul 9.40 pagi disambut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Turut kelihatan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias

Jalaluddin ketika ditemui bagaimanapun masih mengunci mulut berkenaan senarai calon yang akan dipertaruhkan kali ini.

“Sabar….tunggu malam ini kita akan umumkan,” katanya ringkas kepada pemberita di Wisma UMNO di sini hari ini.

Difahamkan, sesi perjumpaan bersama calon BN pada pagi ini dijalankan secara tertutup.

Pengumuman calon BN akan diumumkan oleh Ahmad Zahid secara rasmi pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN PRN Ke-16 di Stadium Paroi malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN