fbpx
SANTOS melengkapkan perpindahan ke Old Trafford dari Chelsea dengan nilai perpindahan RM261.73 juta. - FB MANCHESTER UNITED

EPL: Santos sah milik Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pemain baharu Manchester United, Andrey Santos mengakui timbul perasaan yang luar biasa selepas dia mengesahkan perpindahan ke Old Trafford dari Chelsea dengan nilai perpindahan £48 juta (RM261.73 juta).

Pemain antarabangsa Brazil berusia 22 tahun itu telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama United selepas kedua-dua kelab Liga Perdana Inggeris mencapai persetujuan mengenai perpindahan tersebut minggu lalu.

Santos membuat 43 penampilan bersama Chelsea musim lalu dan kini telah memulakan latihan di Old Trafford selepas tidak disenaraikan dalam skuad Brazil untuk ke Piala Dunia.

United beralih mendapatkan Santos selepas gagal mendapatkan dua sasaran utama mereka, Elliot Anderson dan Mateus Fernandes apabila masing-masing menyertai Manchester City dan Tottenham Hotspur.

Santos meluahkan kegembiraannya menyertai United yang disifatkannya sebagai sebuah kelab yang ‘istimewa’ dan percaya bahawa Michael Carrick merupakan jurulatih yang sempurna untuk membantunya meningkatkan lagi prestasinya.

“Segala-galanya tentang Manchester United adalah istimewa. Ia merupakan satu perasaan yang luar biasa untuk menyertai sebuah kelab yang pernah diwakili oleh beberapa idola terbesar saya.

“Sebagai seorang pemain tengah, saya sangat teruja kerana berpeluang belajar daripada Michael Carrick. Beliau ialah jurulatih yang sempurna untuk membantu saya melangkah ke tahap seterusnya dalam karier dan mengejar impian saya.

“Semua orang memberitahu saya tentang cita-cita besar kelab ini serta suasana hebat yang telah diwujudkan di sini. Saya tahu betapa kuatnya skuad ini dan saya tidak sabar untuk berjuang bersama rakan sepasukan bagi merebut trofi-trofi terbesar,” katanya.

Pengarah Bola Sepak Manchester United, Jason Wilcox, turut mengalu-alukan ketibaan Santos selain menganggap pemain tengah itu memiliki kualiti teknikal yang tinggi serta kemampuan untuk memberi impak kepada permainan pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN