fbpx
Steven Sim (kiri) dilantik sebagai Menteri pengiring Presiden Singapura, Tharman Sempena Lawatan Negara pertama ke Malaysia, bermula semalam.

Steven Sim jadi Menteri Pengiring Presiden Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong dilantik sebagai Menteri Pengiring sempena Lawatan Negara pertama Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam ke Malaysia selama empat hari, bermula semalam.

Steven Sim menerusi hantaran di Instagram berkata, peluang mengiringi Presiden Tharman sememangnya amat bermakna memandangkan beliau pernah menghadiri syarahan pemimpin itu di Universiti Nasional Singapura menerusi program Young Global Leaders anjuran World Economic Forum, 14 tahun lalu.

Menurutnya, ketika itu Tharman merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, manakala beliau pula baru berusia 30 tahun dan berkhidmat sebagai ahli majlis di Pulau Pinang.

“Pertemuan kali ini cukup bermakna apabila saya diberi penghormatan sebagai Menteri Pengiring bagi Lawatan Negara pertama Presiden Tharman ke Malaysia,” katanya di sini, hari ini.

Justeru, beliau berharap agar lawatan tersebut terus mengukuhkan hubungan rapat antara Malaysia dan Singapura serta membuka lebih banyak ruang kerjasama yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, termasuk dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Beliau memberitahu lagi, Presiden Tharman dan isteri tiba di Kuala Lumpur pada malam 12 Julai dan akan berada di Malaysia sehingga 15 Julai.

“Ini merupakan Lawatan Negara pertama beliau ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden Republik Singapura yang kesembilan,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan lawatan Tharman ke Malaysia dilihat akan terus memperkukuhkan hubungan istimewa kedua-dua negara demi menjamin kemakmuran rakyat dan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, beliau hari ini mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam Istiadat Sambutan Rasmi sempena lawatan Tharman di Istana Negara di sini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN