fbpx
Keadaan motosikal dan kereta yang terlibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh Utama Bandar Tun Hussein Onn, semalam.

Remaja maut motosikal bertembung kereta di Bandar Tun Hussein Onn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang dia tunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Lebuh Utama Bandar Tun Hussein Onn di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, mangsa yang bekerja sebagai juruteknik pendingin hawa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila kereta dipandu lelaki berusia 67 tahun dari Jalan Suadamai memasuki simpang Lebuh Utama Bandar Tun Hussein Onn.

Katanya, kereta itu dipercayai bertembung dengan motosikal mangsa dari arah bertentangan. Akibat pelanggaran itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta tidak cedera.

“Mayat remaja itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saifudin Saadun di talian 011-21119379 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN