fbpx
KEADAAN kereta Proton Saga dan Toyota Vellfire selepas bertembung dalam kejadian di kilometer 30.5 Jalan Renggam - Simpang Renggam petang tadi. Foto PDRM

Isteri maut, suami parah nahas lepas balik mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang wanita warga emas maut, manakala suaminya parah selepas terlibat dalam nahas melibatkan dua buah kenderaan di kilometer 30.5 Jalan Renggam – Simpang Renggam petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pukul 2.50 petang itu melibat sebuah kereta Proton Saga dipandu Kamarulzaman Ibrahim, 68, bersama isterinya, Zaiton Hashim, 64, dan sebuah MPV Toyota Vellfire dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati pasangan suami isteri berkenaan dalam perjalanan dari Renggam ke Simpang Renggam dipercayai selepas mengundi, manakala kereta Toyota Vellfire datang dari arah bertentangan.

Jelasnya, ketika sampai di lokasi kejadian, kereta Proton Saga dinaiki pasangan warga emas itu secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Vellfire.

“Akibat kejadian itu, wanita itu telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada telah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya serta peman du MPV cedera di bahagian badan dan sakit dada.

“Semua mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat dan rawatan,” katanya ketika dihubungi petang ini.

Menurut Bahrin lagi, kes akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN