fbpx
PETUGAS SPR menutup pintu pagar tepat pukul 6 petang selepas habis tempoh mengundi sempena PRN Johor ke-16 di Pusat Mengundi SK Mohd Khir Johari, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

PRN Johor: Semua pusat mengundi ditutup, proses kira undi bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Semua pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 secara rasminya ditutup pada pukul 6 petang hari ini selepas hampir 12 jam proses pengundian berlangsung di seluruh negeri.

Sejurus pusat mengundi ditutup, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memulakan proses mengunci peti undi sebelum diikuti dengan pengiraan undi di saluran masing-masing yang disaksikan ejen-ejen calon bertanding.

Proses pengundian di kesemua 1,021 pusat mengundi melibatkan 4,710 saluran di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dilaporkan berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang insiden besar.

Sepanjang hari pengundian, kehadiran pengundi dilihat memberangsangkan walaupun beberapa kawasan seperti Johor Bahru, Muar dan Pontian dilanda hujan pada sebelah petang sebelum cuaca kembali reda menjelang pusat mengundi ditutup.

Tumpuan kini beralih kepada proses pengiraan undi yang akan menentukan parti mana memperoleh mandat untuk membentuk kerajaan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.

Keputusan tidak rasmi dijangka mula diperoleh secara berperingkat sebaik sahaja proses pengiraan selesai di saluran mengundi, sebelum disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya di pusat penjumlahan rasmi undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan penuh PRN Johor ke-16 dapat diperoleh sekitar pukul 10 malam ini, bergantung kepada kelancaran proses pengiraan dan penjumlahan undi di semua kawasan.

PRN Johor kali ini menyaksikan seramai 2,727,926 pengundi berdaftar menentukan nasib 172 calon yang bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN