NAMA Aisha Retno masih hangat diperkatakan sepanjang dua minggu berlangsungnya program Big Stage X Rocketfuel.
Sebagai antara juri termuda, ramai menjangka fokus netizen lebih terarah kepada komen atau gaya penjurian, namun lain pula jadinya apabila tular video memaparkan pelantun lagu Sutera itu menari dan melayan penonton ketika waktu rehat komersial.
Gelagat spontan itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi apabila ramai netizen menyifatkan penyanyi berusia 25 tahun tersebut terlalu mencuba untuk dilihat ‘masuk air’ atau dalam bahasa Gen Z, ‘kacip’.
“Nampak Aisha sekarang macam try hard nak nampak kacip sedangkan dia tak tahu orang meluat tengok. Daripada gila-gila terus jadi annoying,” tulis seorang netizen.
Diva hanya mampu tersenyum. Kalau artis serius, orang kata sombong. Bila cuba menceriakan suasana, dituduh try hard pula.
Apa pun, Aisha tetap antara penyanyi muda paling berbakat ketika ini.
DIVA: Makin suka Aisha Retno berbanding Aina Abdul. Peminat Aina jangan marah pula ya!















