fbpx
LAILAH, Kah Heng dan Abu Bakar menunjukkan jari ketika ditemui di pusat mengundi SK Taman Rinting 1, Taman Rinting, Johor Bahru hari ini.

‘Selagi masih diberi kesihatan, ini amanah kita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Faktor usia bukan alasan untuk tidak keluar mengundi apabila tiga warga emas membuktikan semangat demokrasi masih menebal dalam diri mereka dengan hadir seawal pagi bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 hari ini.

Lim Kah Heng, 73, berkata, setiap undi amat berharga dalam menentukan masa depan Johor, justeru beliau tidak pernah gagal keluar mengundi setiap kali pilihan raya diadakan.

“Saya datang awal supaya tidak perlu beratur lama. Walaupun usia semakin meningkat, saya tetap mahu menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui di pusat mengundi Sekolah Rendah (SK) Taman Rinting 1, Masai di sini hari ini.

Sementara itu, Lailah Hussien, 80, pula menzahirkan rasa semangat untuk mengundi tidak pernah luntur meskipun pergerakannya tidak lagi selincah dahulu.

Menurutnya, beliau percaya setiap rakyat mempunyai tanggungjawab memilih pemimpin yang mampu membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada negeri ini.

“Selagi masih diberi kesihatan, saya akan terus keluar mengundi. Ini amanah kita sebagai rakyat,”ujarnya.

Sementara itu, Abu Bakar Othman, 72, berkata, beliau sanggup datang awal bagi mengelakkan cuaca panas selain mahu memberi contoh kepada generasi muda supaya tidak memandang ringan tanggungjawab mengundi.

Katanya, golongan muda perlu memanfaatkan hak mereka kerana setiap undi mampu menentukan hala tuju pentadbiran negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

Hari ini, lebih 2.7 juta pengundi berdaftar layak mengundi bagi memilih 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu yang akan membentuk kerajaan negeri Johor bagi penggal akan datang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN