fbpx
Antara poster yang menawarkan diskaun dan promosi sempena PRN Johor esok.

Untung orang Johor yang turun mengundi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kurang dari 24 jam, pengundi di Johor bakal menikmati pelbagai tawaran menarik daripada pelbagai jenama terkenal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Kebanyakan premis yang mengambil bahagian menetapkan syarat mudah, iaitu pelanggan hanya perlu menunjukkan jari yang telah berdakwat sebagai bukti menunaikan tanggungjawab mengundi.

Menerusi perkongsian di Threads oleh pengguna @nuh_farhan94, pelbagai promosi daripada premis tempatan dikumpulkan bagi memudahkan orang ramai membuat tuntutan.

“Johor, jangan lupa mengundi. Meriah promosi boleh buat tuntutan,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai pengguna media sosial dari negeri itu teruja dengan pelbagai tawaran disediakan.

“Tengah berpantang gula lah ada macam-macam,” komen seorang pengguna, Shasha.

“Aku nak pinjam jari mak esok,” seloroh Stella. Misi menghabiskan duit ni,” tulis Adibah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN