fbpx
ALBERT Tei di Pejabat SPRM hari ini. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

‘Saya sudah bersedia, hanya tunggu lampu hijau PN’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Ahli perniagaan, Albert Tei mengesahkan kesediaannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan dan sedang menunggu ‘lampu hijau’ daripada Perikatan Nasional (PN).

Albert atau nama sebenarnya Tei Jiaan Cheing, 37, berkata, hasrat untuk bertanding dimaklumkan kepada pucuk pimpinan, khususnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah.

“Saya berharap dapat bertanding pada PRN kali ini, keputusan akan dimaklumkan oleh pucuk pimpinan dalam masa terdekat dan telah menyatakan sangat berminat bertanding di DUN Chennah.

“Pucuk pimpinan telah mengambil maklum dan mengarahkan saya supaya bersedia walaupun keputusan muktamad masih belum dimaklumkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Albert berkata, segala persiapan termasuk pakaian kempen dan bendera telah disediakan dan kini hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada kepimpinan parti.

“Setakat ini saya belum dimaklumkan akan mewakili parti komponen yang mana dalam PN, tetapi apa yang pasti saya akan bertanding atas tiket PN jika diberi peluang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mendakwa dirinya berani bersuara demi memperjuangkan perubahan serta mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu dan adat Negeri Sembilan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN