fbpx
Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan oleh pasukan bomba di lokasi.

Penduduk cemas, hutan terbakar berhampiran kediaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Penduduk di Tiara Heights, Desa Salak Harmoni, di sini, berdepan detik cemas susulan kejadian kebakaran hutan yang berlaku berhampiran kediaman mereka, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima laporan sekitar pukul 4.24 petang sebelum menggerakkan 18 anggota dan jentera ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan hutan berhampiran dengan perumahan penduduk yang berkeluasan anggaran 0.81 hektar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran bagaimanapun telah berjaya dikawal dan kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan detik-detik cemas dialami penduduk susulan kebakaran yang mengakibatkan kepulan asap tebal berhampiran kawasan kediaman mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN