fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Atilia.haripin di laman Threads.

Rumah ‘black out’ kereta EV jadi penyelamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita mencuri perhatian ramai selepas berkongsi bagaimana kereta elektrik (EV) miliknya ‘berfungsi’, ketika rumahnya mengalami gangguan bekalan elektrik.

Menerusi hantaran di laman Threads, pengguna @Atilia.haripin memuat naik video memaparkan sebuah kipas disambungkan kepada kereta elektrik menggunakan fungsi vehicle-to-device (V2D), sekali gus membolehkan peralatan elektrik digunakan.

Menurutnya, situasi tersebut membuktikan salah satu kelebihan memiliki kereta elektrik, terutama ketika berlaku gangguan bekalan elektrik di rumah.

“Inilah waktu yang aku tunggu-tunggu. Rumah tak ada elektrik, jadi aku boleh uji fungsi V2D pada kereta aku. Inilah kegunaan aku beli kereta elektrik,” ujarnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi pengalaman menggunakan fungsi sama ketika berdepan gangguan bekalan elektrik, malah ada yang menggunakan bekalan kuasa daripada EV untuk aktiviti berkhemah.

“Suami saya pernah buat macam ini. Dia tarik sambungan wayar hingga ke tingkat atas. Tak sempat rasa panas sebab elektrik sudah pulih, sekarang baru nak betul-betul cuba kalau berlaku lagi,” kata @Atillajobling.

Seorang lagi pengguna, @Et.hash menjelaskan penggunaan tenaga fungsi tersebut agak menjimatkan apabila bateri kereta hanya berkurangan sekitar satu peratus dalam tempoh sejam meskipun digunakan untuk beberapa peralatan.

“Sekitar satu peratus dalam masa sejam. Saya pernah bawa kereta berkhemah, hidupkan pendingin hawa kereta, tengok Netflix serta gunakan elektrik untuk dua kipas, komputer riba dan mengecas telefon,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN