fbpx
Gambar hiasan.

Penipu menyamar sebagai pengurus syarikat sebabkan kerugian RM970,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Sebuah syarikat swasta di sini telah mengalami kerugian RM970,000 apabila berlaku penyamaran sebagai pengurus syarikat itu yang memperdayakan keraninya supaya melakukan tiga transaksi kewangan bernilai tinggi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Khalid Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan polis oleh seorang wanita tempatan berumur 31 tahun, bekerja di sebuah syarikat swasta yang telah menerima mesej WhatsApp oleh pengurus syarikatnya.

“Suspek dipercayai telah menggodam dan mengambil alih komunikasi telefon bimbit pengurus syarikat sebelum mengarahkan mangsa membuat transaksi kewangan bagi tujuan syarikat.

“Mangsa telah melakukan tiga transaksi pemindahan wang secara berasingan berjumlah keseluruhan sebanyak RM970,000 seperti mana yang diarahkan oleh suspek menerusi dua akaun yang berbeza,” katanya di sini hari ini.

Katanya, selepas tiga transaksi tersebut, suspek masih meminta mangsa membuat transaksi tambahan menyebabkan mangsa mula curiga.

“Mangsa telah menghubungi pengurus syarikat serta dimaklumkan tidak pernah mengarahkan sebarang transaksi berkenaan sebelum dia sedar telah diperdaya sebelum membuat laporan polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Orang ramai dinasihatkan agar segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) 997 sekiranya menyedari telah menjadi mangsa penipuan supaya tindakan dapat diambil bagi meningkatkan peluang pembekuan dana yang telah dipindahkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN