fbpx
Khairul Afzan menunjukkan gambar harimau kumbang yang dilihatnya berhampiran sebuah stesen minyak di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu pada Sabtu lalu.

‘Harimau kumbang renung tajam ke arah saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Penduduk beberapa perkampungan di sekitar Pengkalan Gawi di sini, kini diselubungi ketakutan apabila harimau kumbang semakin berani menghampiri kawasan penempatan mereka sejak ke­belakangan ini.

Kemunculan terbaharu haiwan pemangsa itu berhampiran sebuah stesen minyak pada Sabtu lalu menambahkan keresahan penduduk.

Keadaan itu menyebabkan ada penduduk sanggup mengurangkan penggunaan motosikal untuk ke tempat kerja kerana bimbang terserempak dengan sang pemangsa yang dipercayai masih berkeliaran di kawasan itu.

Seorang penduduk, Khairul Afzan Hakimi Abdullah, 40, me­ngakui terserempak de­ngan seekor harimau kumbang berhampiran stesen minyak di Pengkalan Gawi pada malam Sabtu lalu.

“Ketika itu, saya yang me­nunggang motosikal terkejut apabila ternampak seekor harimau kumbang merenung tajam ke arah saya. Biarpun tidak diapa-apakan, saya tetap gerun.

“Sejak itu, saya tidak lagi me­nunggang motosikal, sebaliknya memandu kereta untuk ke tempat kerja yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumah di Kampung Basung di sini,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Abdul Ghani Rahman, 50, berkata, dia turut terserempak dengan sekumpulan haiwan spe­sies yang sama, kira-kira seminggu lalu.

“Saya dan seorang kawan saya nampak sekumpulan lima ekor harimau kumbang bergerak berkumpulan di tepi jalan sebelum memasuki semula hutan simpan berhampiran.

“Senario itu memang kerap dilihat sebahagian pengguna Jalan Tasik Kenyir-Aring terutama sekitar Bukit Sipul, Pengkalan Aring yang terletak berhampiran habitat haiwan terbabit,” kata­nya.

Seorang lagi penduduk, Ros­lan Abdullah, 45, berkata, kemunculan harimau kumbang pada Sabtu lalu telah mendapat ­respons segera daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Kami dimaklumkan haiwan-haiwan liar itu hanya singgah sebentar di sekitar tepi jalan Pengkalan Gawi sebelum memasuki habitatnya.

“Memang selama ini, kumpulan harimau kumbang itu tidak pernah bertindak agresif.

“Begitupun orang ramai diingatkan tidak melakukan provokasi yang boleh menyebabkan haiwan tersebut rasa terancam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN