fbpx
Hirudin (empat kanan) selepas sesi libat urus bersama media di Dewan Wawasan Markas Smart, Pulau Meranti hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

El Nino: Boleh tutup sekolah jika suhu lebih 37 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUCHONG – Pihak pentadbir dibenarkan menutup institusi pendidikan sekiranya cuaca panas dengan suhu mencecah lebih 37 darjah Celsius dicatat selama tiga hari berturut-turut.

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan (KPM), Hirudin Mohit, bagaimanapun berkata, keadaan itu terlebih dahulu perlu diisytiharkan sebagai gelombang haba oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

Beliau berkata, langkah itu selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh KPM yang telah dikuat kuasa sejak tahun 2023.

“Aktiviti luar bilik darjah boleh dilaksanakan dalam keadaan suhu kurang daripada 35 darjah Celsius.

“Aktiviti luar juga perlu ditangguhkan sekiranya berlaku peningkatan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sesi Libat Urus Bersama Media: Kesiapsiagaan Kerajaan Menghadapi Monsun Barat Daya Tahun 2026, di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart), Pulau Meranti, di sini hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, fenomena El Nino yang sedang melanda negara dijangka membawa impak cuaca lebih panas dan kering berterusan hingga awal tahun hadapan.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, situasi itu dipengaruhi oleh Monsun Barat Daya yang bermula sejak 14 Mei lalu dan dijangka aktif sehingga September depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN