fbpx
Dr. Adham

Kes Covid-19 petugas KKM menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Kes jangkitan Covid-19 di kalangan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menurun dalam tempoh Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan di lancarkan kira-kira 40 hari yang lalu.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, penurunan jangkitan kes di kalangan petugas KKM ini menunjukkan tanda positif perlaksanaan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula 24 Februari lalu.

“Kes jangkitan melibatkan petugas KKM secara keseluruhannya diperolehi dari masyarakat setempat yang mendapatkan rawatan. Jadi, petugas KKM adalah antara golongan sasar utama bagi fasa pertama program ini.

“Penurunan kes jangkitan dikalangan mereka adalah antara kejayaan awal program ini yang menunjukkan keberkesanannya,” kata.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu perasmian Program Malaysia Prihatin Vaksinasi Covid-19 Lindungi Diri, Lindungi Semua peringkat daerah Segamat di Dewan Muafakat, Taman Yayasan Segamat di sini hari jnj.

Turut hadir, Exco Perpaduan, Perdagangan dan Pengguna Negeri Johor, Dr Chong Fat Full dan Pegawai Daerah Segamat, Tuan Haji Nasri Md. Ali.

Data kes jangkitan dikalangan petugas KKM setakat bulan lalu menunjukkan seramai 6,087 kakitangan petugas hadapan KKM dijangkiti Covid-19.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN