fbpx

Uqasha Senrose dirisik keluarga Kamal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Bukan majlis pertunangan, tetapi sekadar acara merisik secara kecil-kecilan.”

Demikian jawab pelakon Raysha Rizrose berhubung perkongsian video dan gambar memaparkan kelibat kakak tirinya, Uqasha Senrose anggun berbusana serba putih persis berbaju pengantin hari ini.

Kata Raysha, kakak tirinya itu telah selamat dirisik keluarga Kamal Adli dalam sebuah majlis yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStorynya, kelihatan Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, kelihatan sungguh bahagia di sisi keluarga terdekat.

“Finally (akhirnya),” tulis Raysha sambil turut memberikan emoji cincin dan lambang hati.

Dalam satu lagi hantaran berbeza, kelihatan pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu terlihat gembira sambil menunjukkan cincin berlian di jarinya ketika bergambar beramai-ramai dengan ahli keluarga.

Bagaimanapun, kelibat pelakon Kamal Adli yang juga bakal suami kepada Uqasha tidak kelihatan dalam hantaran yang dikongsikan Raysha.

Raysha ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, majlis yang berlangsung merupakan majlis merisik dan bukannya pertunangan seperti sangkaan ramai.

“Kami sudah rancang dah lama, cuma buat kecil-kecilan dan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

“Antara yang dibincangkan ialah persiapan untuk majlis pernikahan seperti hantaran,” ujarnya ringkas.

Selain Raysha, pelakon yang juga adik kandung Uqasha iaitu Nelydia Senrose turut dilihat berkongsi momen bahagia kakaknya itu bersama keluarga tersayang.

UQASHA bersama Nelydia, kakak dan bapanya.

Ditanya tentang keberadaan bakal abang iparnya pada majlis tersebut, Raysha memaklumkan Kamal ada turut serta dalam majlis merisik itu bersama ahli keluarganya.

Terdahulu, Kosmo! pada 31 Mac lalu melaporkan bahawa Uqasha dan Kamal menetapkan untuk bernikah di sebuah pusat peranginan tanah tinggi, namun memilih untuk tidak mendedahkan tarikh pernikahan sehingga benar-benar muktamad.

Selain majlid akad nikah, ini juga dijangka mengadakan tiga majlis resepsi. Bagaimanapun perkara tersebut bergantung kepada situasi semasa ketika ini. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI