fbpx
Gambar Hiasan

RM25.27 bilion pembiayaan Kuskop bantu lebih 847,000 usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) meluluskan pembiayaan berjumlah RM25.27 bilion kepada 847,653 usahawan serta koperasi di seluruh negara sejak 2024 hingga 31 Mei lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohamad Alamin berkata, pembiayaan melalui agensi di bawah Kuskop itu bertujuan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi meningkatkan modal pusingan, mengembangkan perniagaan dan menaik taraf premis serta peralatan.

“Keberkesanan skim pembiayaan ini dapat dilihat menerusi prestasi pembayaran balik yang mencerminkan keupayaan usahawan menjana pendapatan secara konsisten serta mengurus aliran tunai dengan baik.

“Ini menunjukkan pembiayaan yang disalurkan bukan sahaja memenuhi keperluan modal perniagaan, malah menyumbang kepada daya tahan dan kelestarian perniagaan usahawan dalam jangka panjang,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, kadar pembiayaan tidak berbayar (NPF) turut kekal terkawal apabila Tekun Nasional merekodkan 9.69 peratus, SME Bank 10.49 peratus, Bank Rakyat 1.93 peratus, manakala Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mencatatkan kadar cemerlang iaitu hanya 0.01 peratus.

Dalam perkembangan sama, Mohamad berkata, pembiayaan alternatif secara peer-to-peer (P2P) yang disediakan SME Corp semakin mendapat sambutan apabila sebanyak RM18.5 juta diluluskan kepada 39 PMKS bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, dengan tempoh kelulusan dipendekkan kepada tujuh hari atau kurang.

Katanya, majoriti pembiayaan tersebut digunakan sebagai modal kerja, selain pembelian aset dan pengembangan perniagaan.

Beliau turut memaklumkan Kuskop mempergiat usaha memperkasa usahawan luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak menerusi latihan keusahawanan, bimbingan pendigitalan, pemprosesan pensijilan halal serta kerjasama strategik dengan TikTok Shop Malaysia bagi membantu meningkatkan jualan.

Selain itu, Kuskop juga komited memperkukuh pembangunan bakat usahawan Orang Asli, termasuk pengusaha kraf tangan dan pelancongan komuniti Mah Meri di Pulau Carey, Selangor, supaya produk mereka mampu dipasarkan secara lebih meluas.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN