fbpx
Akmalrizal ketika melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.

Tikam pelajar: Mangsa ditikam ketika selepas beli roti di kantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun cedera dipercayai ditikam dalam kejadian di kantin sebuah sekolah menengah di Banting di sini selepas membeli roti.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi ketika waktu rehat apabila mangsa dipercayai ditikam di bahagian belakang dan hadapan badan dalam insiden yang mengejutkan warga sekolah.

Seorang pelajar mendakwa, suspek dipercayai memasuki kawasan kantin melalui laluan dari arah surau sebelum kejadian berlaku.

Katanya, keadaan bertukar gempar sejurus kejadian dengan pelajar bertempiaran lari menyelamatkan diri.

“Kejadian masa rehat bagi pelajar tingkatan tiga. Suspek tikam bahagian belakang dan depan badan,” katanya kepada Kosmo!.

Jelasnya, kesemua pelajar kemudiannya telah diarahkan berkumpul di padang sekolah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Dalam pada itu, pelajar terbabit turut memaklumkan suspek yang juga berusia 15 tahun dipercayai pernah dibuang sekolah pada tahun lalu.

“Dia dikatakan mempunyai masalah mental dan pernah terjun dari salah sebuah bangunan sekolah tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! mendapati Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hadir ke sekolah berkenaan hampir setengah jam bermula pukul 1 tengah hari.

Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi yang turut melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN