fbpx
Penguat kuasa MBDK melakukan pemantauan di lokasi tular menyidai pakaian di Pasar Jawa, Klang malam tadi.

Tular sidai baju, rupa-rupanya gelandangan asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Wanita warga asing yang tular kerana selamba menyidai pakaian di atas palang besi berhampiran laluan pejalan kaki dan deretan premis di Pasar Jawa di sini dipercayai merupakan seorang gelandangan yang telah lama merayau di kawasan tersebut.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berkata, hasil semakan mendapati wanita berkenaan merupakan warga asing dan sering berada di lokasi terbabit sejak sekian lama.

Menurutnya, sepasukan anggota penguat kuasa MBDK telah ke lokasi sejurus menerima aduan dan mendapati semua pakaian yang disidai di palang besi itu telah pun diangkat oleh pemiliknya.

“MBDK akan meneruskan pemantauan secara berkala di kawasan berkenaan bagi memastikan keadaan awam sentiasa bersih, teratur dan tidak mengganggu orang ramai,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tindakan wanita dipercayai warga asing itu yang selamba menyidai pakaian di atas palang besi berhadapan laluan pejalan kaki dan premis kedai di Pasar Jawa mengundang kemarahan orang ramai.

Menerusi hantaran di Threads, seorang pengguna memuat naik gambar memaparkan wanita terbabit menyidai pakaian di kemudahan awam berkenaan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN