fbpx
MD. JALIL (kanan) menerangkan kepada Noraini berkaitan telur itik yang diusahakannya di Kampung Gombak, Batu Pahat kelmarin.

Dapat RM300 sehari jual telur itik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT– Bermula dengan menternak enam ekor itik penelur pada 2017, seorang warga emas kini berjaya memperoleh sehingga 300 biji telur dengan pulangan pendapatan sekitar RM200 hingga RM300 sehari.

Md. Jalil Awang, 69, dari Kampung Parit Gombak, di sini berkata, keluarganya tidak me­nyangka selepas menyertai Skim Insentif Integrasi

Ternakan dengan Sawit (ITe) telah mengubah keseluruhan rutin kehidupan harian mereka dan berjaya me­ningkatkan pendapatan bulanan mereka.

Katanya, melalui bantuan di bawah kelolaan Lembaga Mi­nyak Sawit Malaysia (MPOB) berjumlah kira-kira RM15,000 itu, perusahaan untuk menghasilkan telur itik kini berjaya dilaksanakan selepas pembelian 200 ekor baka penelur.

Ujarnya, setiap hari antara 200 hingga 300 biji telur itik dapat diperoleh, namun ke­semuanya habis ditempah oleh penduduk sekitar sama ada
penjual atau pengusaha produk hiliran se­perti pembuatan kaya dan telur itik
masin.

“Memang tidak cukup, malah ada tempahan saya terpaksa tolak atau kumpul secara perlahan-lahan sebelum dihantar.

“Insentif yang disediakan oleh MPOB ini amat baik untuk peserta yang berminat untuk mendapat pulangan yang agak baik.

“Saya amat menyarankan sekiranya ada yang berminat dan memenuhi syarat diperlukan MPOB. Inisiatif ITe ini amat baik kerana mampu menambah pendapatan hingga empat angka sebulan,” katanya di sini kelmarin.

Sementara itu, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, kejayaan Md. Jalili boleh dijadikan panduan kepada pekebun-pekebun sawit di seluruh negara untuk menambah pendapatan.

Ujarnya, selain ITe, pihaknya juga menyediakan Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITA) yang mana kedua-dua insentif ini membantu pekebun kecil tidak hanya bergantung kepada hasil sawit semata-mata.

“Sejak 2023 hingga Mei tahun ini, projek yang diusahakan oleh Md. Jalil ini telah menghasilkan purata pendapatan sampingan yang agak lumayan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN