fbpx
OUNAHI (No.8) menjadi bintang Maghribi pada perlawanan itu apabila berjaya meledak dua gol. - AFP

Piala Dunia 2026: Maghribi bukan lagi berstatus ‘budak kecil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HOUSTON – Maghribi menepati ramalan apabila melangkah ke suku akhir Piala Dunia 2026 selepas membenam cabaran tuan rumah, Kanada menerusi kemenangan 3-0 pada aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Houston awal pagi semalam.

Pengendali Maghribi, Mohamed Ouahbi menjelaskan, kemenangan pasukannya tidak lagi dianggap sebagai kejutan, sebaliknya menepati jangkaan seiring dengan kualiti yang ada pada The Atlas Lions.

“Kami bukan lagi mencipta kejutan tetapi ini adalah satu kebanggaan. Saya fikir semua ini adalah satu permulaan dan saya harap kami mampu mengekalkan aksi seperti ini untuk tempoh yang lama.

“Namun, kami mahu mara sejauh yang mungkin dan menghadirkan rasa bangga kepada rakyat di negara kami,” katanya.

Pemain tengah Maghribi, Azzedine Ounahi berjaya mencuri perhatian apabila menghasilkan dua gol buat The Atlas Lions diikuti satu lagi jaringan menerusi penyudah sempurna Soufiane Rahimi.

Pada aksi suku akhir, Jumaat ini, Maghribi berpeluang untuk melunaskan dendam apabila bakal menentang naib juara 2022, Perancis yang menewaskan mereka 2-0 pada separuh akhir edisi empat tahun lalu di Qatar.

“Apa yang kami cuba sampaikan kepada pemain adalah hakikat sebenar, kami berada di Piala Dunia dan pastinya akan berdepan detik sukar. Apa yang perlu kami lakukan jika aksi menjadi sukar adalah dengan menunjukkan daya tahan,” kata Ouahbi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN