fbpx
Tangkap layar ragam pemain selepas tamat perlawanan Piala Dunia 2026 yang ditambah baik RTM.

Siaran perlawanan Piala Dunia 2026 tak lagi ‘dipotong’ lepas wisel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kepekaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendengar keluhan penonton untuk mengekalkan siaran langsung beberapa minit selepas tamat perlawanan Piala Dunia 2026 raih pujian ramai.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, @tzaelily, RTM dilihat tidak lagi menamatkan siaran sebaik sahaja wisel penamat ditiup, sebaliknya memberi peluang kepada penonton menyaksikan suasana selepas habis perlawanan di dalam stadium.

“RTM mendengar luahan rakyat. Jangan terus habis rakaman bila game (perlawanan) dah habis. Alhamdulillah,” tulisnya.

Sebelum ini, ramai netizen meluahkan rasa kecewa apabila siaran langsung FIFA World Cup ditamatkan sejurus perlawanan berakhir sehingga tidak berpeluang menyaksikan detik-detik sambutan kemenangan pasukan serta suasana di stadium.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian RTM yang memaklumkan pihaknya sentiasa berusaha memberikan pengalaman tontonan terbaik kepada rakyat.

“Kami di RTM sentiasa mahu memberikan yang terbaik kepada semua penonton kami. Terima kasih kepada pasukan Sukan TV RTM di studio yang ‘belanja’ suasana sambutan kemenangan. Mantap!” kata RTM menerusi satu hantaran di Threads.

Perkongsian itu mendapat maklum balas positif dari pengguna media sosial yang memuji kesediaan RTM menerima teguran serta menambah baik kandungan siarannya sepanjang perlawanan Piala Dunia 2026.

“RTM kali ini semakin dengar cakap netizen. Dulu siaran sorotan (highlights) lebih 30 minit, bila orang tegur jadi lebih 10 minit. Infografik mengenai pundit pun ditambah. Memang terbaik,” komen Kamil Ibrahim.
“RTM teruskan istiqamah. Tak rugi pun kalau sentiasa mendengar pandangan para ‘natizionalis’ (netizen) dan denyut nadi penonton,” tulis Pitagorasta.

“Saya pun perasan. Memang tunggu sampai habis sebab nak tengok suasana dalam stadium selepas perlawanan,” kata seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN