fbpx
MESSI (No.10) meledak satu gol ketika membantu Argentina menewaskan Cape Verde di pusingan 32 terbaik. - AFP

Piala Dunia 2026: Argentina tabik prestasi Cape Verde

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MIAMI – Status selaku juara dunia meletakkan Argentina dalam keadaan cukup mencabar, termasuk dipaksa ‘mandi peluh’ ketika menewaskan Cape Verde 3-2 di pusingan 32 Piala Dunia 2026 di Stadium Miami, pagi semalam.

La Albiceleste hampir menerima aib paling besar dalam sejarah negara mereka memandangkan ini adalah penampilan pertama Cape Verde di Piala Dunia dan Argentina dijadualkan bertemu Mesir di pu­singan 16 terbaik Rabu ini.

Pengendali Argentina, Lionel Scaloni memuji persembahan Cape Verde yang disifatkan sebagai sesuatu yang ‘gila’ kerana sudah pun berjaya mencipta kejutan ke atas pasukan-pasukan besar lain sebelum ini.

“Perlawanan yang sukar, namun kami sentiasa ambil perkara positif dan pasukan kami tidak pernah berputus asa. Kami perlu ucapkan tahniah kepada pasukan lawan kerana membuktikan yang mereka adalah pasukan bagus.

“Hakikatnya sekarang, semua orang keletihan kerana sudah berikan segala-galanya. Inilah Argentina, tidak ada satu pun tugas mudah menanti kami tetapi semua pemain memahami keadaan itu,” katanya.

Cape Verde yang hanya memiliki populasi 500,000 penduduk sudah pun mencipta cerita luar biasa apabila dua kali melakukan kebangkitan dan memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Terdahulu, Argentina memperoleh dua gol menerusi Lionel Messi dan Lisandro Martínez, manakala jaringan Cape Verde disumbangkan Deroy Duarte serta Sidny Lopes Cabral.

Usaha Diney Borges untuk menghalang tandukan Cristian Romero pada minit ke-111 bertukar menjadi detik hitam apabila bola masuk ke gawang sendiri, sekali gus mengesahkan kemenangan Argentina. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN