AKTOR Hisyam Hamid menarik perhatian umum apabila keterujaannya ketika membuka kotak hadiah misteri bersama anak perempuannya dalam sebuah video.
Ramai netizen yang terhibur melihat keterujaan Hisyam, 40, yang melayani anaknya melakukan aktiviti tersebut.
“Bapa yang teruja lebih bila dapat hadiah, anaknya biasa saja.
“Kenapa aku pun tersengih tengok tapi Hisyam memang awet muda betul,” usik netizen yang meminta Hisyam lebih kerap membuat video sebegitu selepas ini.














