fbpx
Ahmad Nizam berucap pada AGM Kopetro di Putrajaya baru-baru ini.

Untung sebelum cukai Kopetro naik 100% kepada RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) terus
mengekalkan prestasi kewangan yang kukuh dan mampan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 dengan merekodkan perolehan kumpulan sebanyak RM441 juta.

Prestasi ini disokong oleh pengurusan operasi yang lebih cekap dan pelaksanaan strategi perniagaan yang berdisiplin.

Kumpulan juga  telah meningkatkan keuntungan sebelum cukai melebihi 100 peratus kepada RM10 juta, meskipun berdepan persekitaran perniagaan yang mencabar.

Di peringkat Kumpulan juga,pendapatan direkodkan sebanyak RM198 juta, dipengaruhi oleh perubahan sumbangan beberapa aktiviti perniagaan utama sepanjang tahun kewangan tersebut.

Ia disokong oleh pelaksanaan berterusan Pelan Strategik Kopetro 2021–2025 (SP25) yang memberi tumpuan kepada pengukuhan portfolio perniagaan,
kepelbagaian sumber pendapatan, pengoptimuman operasi serta pengurusan kos secara berhemah.

Seiring dengan prestasi kewangan tersebut, koperasi berkenaan  mengumumkan agihan dividen kepada anggota bagi tahun kewangan 2025 dengan dividen syer sebanyak 7.5 peratus dan dividen yuran sebanyak 4.3 peratus, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

Pengerusi Kopetro, Ahmad Nizam Abdul Latif berkata, prestasi yang dicapai mencerminkan keutuhan pengurusan serta amalan tadbir urus yang berlandaskan disiplin, integriti dan akauntabiliti dalam memastikan kelestarian jangka panjang koperasi.

“Pendekatan ini dizahirkan melalui sifar toleransi terhadap sebarang ketidakpatuhan dan salah laku, disokong oleh pelaksanaan taklimat, latihan kepimpinan serta kempen integriti secara berterusan.

“Hasilnya, ia meningkatkan kesedaran, disiplin dan kecekapan pelaksanaan tugas, sekali gus memperkukuh kedudukan koperasi sebagai organisasi yang berteraskan integriti dan tadbir urus cemerlang,” katanya dalam kenyataan.

Bagi meneruskan momentum kejayaan ini di masa hadapan, Ahmad Nizam berkata, Kopetro telah memulakan pelaksanaan inisiatif Forward30, pelan transformasi jangka panjang bagi memastikan kelestarian dan daya saing menjelang 2030.

Antara tumpuan utama MAPT 43 adalah Kempen Syer & Menang 2.0 yang mana kempen ini adalah kesinambungan kepada inisiatif terdahulu yang bertujuan menggalakkan penyertaan anggota dalam syer koperasi di samping memberi insentif serta ganjaran menarik kepada peserta.

Pelaksanaan kempen fasa kedua ini dijangka memperkukuh penglibatan anggota serta meningkatkan kesedaran terhadap peranan penyertaan syer dalam memperkukuh kedudukan kewangan koperasi.

Mengulas mengenai kempen tersebut, Ahmad Nizam berkata, kempen ini menampilkan pendekatan lebih menarik bagi menggalakkan penyertaan aktif anggota koperasi, di samping menawarkan ganjaran eksklusif sebagai penghargaan atas sokongan dan keyakinan berterusan mereka. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN