fbpx
RABIATUL ADAWIYAH menjahit seluar jeans pelanggannya ketika ditemui di kedainya di Shah Alam baru-baru ini.

Tukang jahit kaki lima tak gugat kedai jahit tradisional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kewujudan tukang jahit kaki lima yang semakin banyak di sekitar bandar raya ini tidak menggugat tukang jahit tradisional yang terus menerima tempahan pelanggan setiap hari.

Malah, beberapa tukang jahit yang mempunyai premis sendiri di bandar ini mengakui masih menerima sekurang-kurangnya 20 helai pakaian sehari untuk dijahit atau dibaiki.

Seorang tukang jahit tradisional, Rabiatul Adawiyah Zulkifli, 21, berkata, kebanyakan pakaian yang dihantar pelanggan melibatkan kerja membaiki seperti memotong seluar, menjahit lencana untuk baju sekolah serta membaiki pakaian rosak.

“Malah, kebanyakan yang datang adalah pelanggan baharu termasuk  meminta minta untuk memotong baju dan seluar,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurutnya, walaupun menanggung sewa kedai RM1,300 sebulan, pendapatan diperoleh masih mampu menampung kos operasi termasuk menggaji seorang pekerja serta membeli peralatan menjahit.

“Saya kenakan caj antara RM5 hingga RM60 bergantung kepada tahap kerumitan kerja-kerja jahitan. Ada pelanggan kata mereka sanggup bayar lebih sedikit asalkan pakaian dijahit dengan kemas,” katanya yang mewarisi perniagaan tersebut daripada bapanya.

Sementara itu, seorang tukang jahit di kaki lima, Abdul Rahman Hardiyanto, 35, berkata, dia biasanya menerima sekitar 10 hingga 15 helai pakaian sehari untuk dijahit atau dibaiki.

Kata warga Indonesia itu, ketika bulan Ramadan dan musim pembukaan sesi persekolahan merupakan waktu paling sibuk kerana banyak pakaian perlu diperbaiki.

“Kalau hari biasa, pakaian yang hendak dijahit tidak banyak. Caj yang dikenakan adalah antara RM2 hingga RM25 bergantung kepada jenis pembaikan pakaian diminta pelanggan,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN