fbpx
RONALDO sekadar meledak dua gol selepas dua aksi termasuk mempamerkan aksi cukup hambar dalam dua perlawanan peringkat kumpulan. - AFP

Piala Dunia 2026: Perlu berani sisih Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TORONTO – Biarpun berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati, calon juara Piala Dunia edisi kali ini, Portugal masih belum berjaya membungkamkan para pengkritik mereka selepas aksi kurang meyakinkan ditunjukkan.

Skuad kendalian Roberto Martinez bakal membuat perhitungan menentang Croatia pada pusingan 32 pagi esok selepas sekadar muncul naib juara Kumpulan K selepas hanya meraih satu kemenangan dan dua kali seri.

Bagaimanapun, bekas penyerang Uruguay, Diego Forlan percaya Martinez tidak boleh meletakkan Cristiano Ronaldo di dalam kesebelasan utama sekiranya mereka mahu memastikan Portugal mampu meneruskan kemaraan.

Menurutnya, penyerang berpengalaman itu masih merupakan ancaman bahaya, namun kekurangan pergerakannya menyebabkan Portugal gagal membuka ruang untuk dimanfaatkan oleh pemain-pemain kreatif yang lain.

“Saya bercakap sebagai seorang penyerang. Masalahnya Cristiano berada di bahagian tengah. Dia bermain sebagai penyerang No. 9 dan hanya kekal di situ untuk mengambil peluang menjaringkan gol. Namun, akhirnya strategi itu mengehadkan corak permainan Portugal.

“Tindakan itu sebenarnya merugikan pasukan. Kedua-dua pertahanan tengah lawan hanya akan kekal di situ kerana Ronaldo tidak bergerak. Seorang menjadi penjaga utama, manakala seorang lagi bebas mengawal ruang lain. Tiada siapa yang dapat membuat larian ke kawasan itu kerana dia sendiri telah menutup ruang tersebut,” katanya.

Sementara itu, Martinez masih kekal mempertahankan keputusannya untuk menurunkan Ronaldo dalam kesebelasan utama sepanjang aksi peringkat kumpulan sebelum ini.

“Cristiano ialah pemain yang sentiasa tahu berada di tempat yang tepat pada masa yang sesuai. Dia sangat berdisiplin dari segi posisi dan berjaya membuka ruang penting untuk rakan sepasukannya. Keadaan fizikal dan mentalnya langsung tidak menjadi persoalan,” kata Martinez yang terpaksa tampil mempertahankan ketua pasukannya itu.

Bagaimanapun, Martinez memberi bayangan bahawa beberapa perubahan taktikal mungkin dilakukan menjelang perlawanan hidup atau mati menentang Croatia termasuk mungkin perlu menyisihkan Ronaldo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN