DALAM dunia yang semakin dipacu teknologi, kemajuan sesebuah bandar hari ini tidak lagi diukur semata-mata melalui pembangunan fizikal. Sebaliknya, keupayaan mengurus data, memantau situasi secara masa nyata dan membuat keputusan dengan pantas kini menjadi penanda aras baharu kepada pembangunan moden. Di Kulim, Kedah perubahan itu bukan lagi sekadar perancangan di atas kertas apabila Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) sedang melakar transformasi besar menerusi pembangunan Kulim Intelligent Command Centre (KICC). KICC berfungsi sebagai pusat kawalan bandar pintar atau ‘otak digital’ kepada……














