fbpx
PERANCIS merekod pencapaian terbaik di Piala Dunia di bawah kendalian Deschamps apabila merekodkan kemenangan bersih aksi kumpulan. - AFP

Piala Dunia 2026: Perancis tidak mahu rasa selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Jurulatih Perancis, Didier Deschamps memberi amaran kepada anak-anak buahnya supaya tidak berasa terlalu selesa menjelang pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026 menentang Sweden di Stadium New York awal pagi esok.

Walaupun mencatat kemenangan bersih dalam tiga aksi peringkat kumpulan ini, namun Les Bleus tidak boleh memandang rendah keupayaan Sweden walaupun mereka sekadar mara sebagai pasukan ketiga terbaik.

Deschamps berkata, pusingan kalah mati boleh dianggap sebagai satu pertandingan baharu kerana tekanannya lebih tinggi berbanding saingan peringkat kumpulan dan apa sahaja boleh berlaku.

“Pertama sekali tahniah kepada pasukan kerana berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan. Kami tidak pernah menang tiga perlawanan sebelum ini ketika di bawah bimbingan saya.

“Sekarang objektif pertama kita sudah tercapai, namun masih ada cabaran yang sedang menunggu. Kita sudah melepasi peringkat awal, tetapi pusingan kalah mati merupakan pertandingan yang berbeza,” katanya.

Tambah beliau, pemain-pemain Perancis perlu berwaspada dan memberikan segala-galanya biarpun Sweden rata-ratanya dibarisi pemain muda yang tidak pernah beraksi dalam Piala Dunia sebelum ini.

“Memang kami perlu turun dengan yakin tetapi perlu berjaga-jaga kerana setiap pasukan ada kekuatan masing-masing. Sweden sedang menunggu, jadi kami perlu mengekalkan rentak cemerlang seperti ini,” ujar Deschamps. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN