fbpx
Bot yang dijadikan stor minuman keras di Jeti Tok Penghulu, Sungai Semerak dekat Tok Bali, Pasir Puteh. FOTO IHSAN PPM

Bot nelayan tersadai jadi stor sorok arak seludup RM1.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Taktik licik sindiket menggunakan bot nelayan tersadai sebagai stor penyimpanan 50 karton minuman keras bernilai RM1.5 juta termasuk cukai terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa di Jeti Tok Penghulu, Sungai Semerak, Tok Bali di sini Khamis lalu.

Serbuan dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga PPM menerusi Op Taring Gelora, Op Taring Landai dan Op Kontraban kira-kira pukul 12.30 tengah malam selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan penyeludupan di kawasan tersebut.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Mohd. Khairuddin Jamal berkata, pemeriksaan mendapati bot yang dipercayai sudah tamat lesen dan tidak aktif dalam aktiviti perikanan itu dijadikan sebagai tempat  penyimpanan arak berjumlah 396 liter.

Katanya, kesemua minuman keras itu dilarang diimport mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023. Seorang lelaki asing berusia dalam lingkungan 40-an yang mengaku sebagai penjaga kawasan itu turut ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau permit untuk tinggal di negara ini.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63 sebelum dirujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN