fbpx
Antara kenderaan yang ditunda pihak DBKL selepas didapati melanggar peraturan lalu lintas di sekitar ibu negara semalam. Foto DBKL

285 kompaun dikeluarkan, 11 kenderaan ditunda halang lalu lintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 285 notis kompaun dikeluarkan termasuk 11 buah kenderaan ditunda atas pelbagai jenis kesalahan menerusi Operasi Bersepadu Halang Siri 3/2026 di sekitar ibu negara, semalam.

Operasi dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) membabitkan lokasi tumpuan di Jalan Tun Sambathan dan Jalan Sultan Azlan Shah.

Menurut DBKL, tindakan dilaksanakan ke atas kenderaan dan pemandu yang melakukan kesalahan ingkar isyarat lalu lintas, menghalang jalan utama, laluan pejalan kaki, laluan orang kurang upaya (OKU) dan lain-lain kesalahan am.

“Hasil daripada pemeriksaan, DBKL telah mengeluarkan sebanyak 80 notis kompaun dan menunda 11 buah kenderaan yang melakukan pelbagai jenis kesalahan di bawah Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“JSPT pula mengeluarkan 45 notis dan JPJ (160 notis) di atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan sepanjang operasi penguatkuasaan bersepadu dijalankan,” jelasnya.

DBKL menambah, pihaknya akan meneruskan tindakan bersepadu dari masa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan tertera https://adukl.dbkl.gov.my/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN