fbpx
MASZLEE tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Puteri Wangsa di SMK Bandar Dato Onn, Johor Bahru, hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

PRN Johor: Saifuddin, Amirudin iringi Maszlee ke Pusat Penamaan Calon DUN Puteri Wangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengiringi calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik ke Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Dato Onn di sini hari ini.

Terdahulu, Maszlee tiba ke Pusat Penamaan Calon kira-kira pukul 8.15 pagi lengkap berpakaian baju Melayu berwarna biru muda turut diringi sorakan kira-kira 300 penyokong PH.

Bekas Menteri Pendidikan itu dijangka akan dicabar tiga calon lain bagi merebut kerusi DUN Puteri Wangsa yang dilihat merupakan salah satu kerusi panas pada pilihan raya kali ini.

Sementara itu, calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Rashifa Aljunied, 29, diiringi Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz kira-kira sepuluh minit kemudian.

Manakala, calon Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling, 41, pula tiba kira-kira 8.20 pagi diiringi Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng bersama hampir 200 penyokong serta pemimpin BN.

Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), Nicholas Paul Vincent, 35, pula tiba ke pusat penamaan calon kira-kira 15 minit selepas calon BN.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN