fbpx
SUSU merupakan barangan keperluan asas di hampir setiap isi rumah di Malaysia. - Gambar Hiasan

Adakah susu yang anda beli betul-betul segar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUSU merupakan minuman yang menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan dan kaya dengan nutrien penting yang menyokong pertumbuhan seseorang.

Malah, susu merupakan barangan keperluan asas di hampir setiap isi rumah di Malaysia dan ia diminum setiap hari oleh setiap lapisan umur terutama kanak-kanak.

Namun begitu, ia kekal sebagai salah satu kategori makanan yang paling kurang difahami terutamanya fakta berkaitan susu segar.

Ramai mengetahui tentang khasiat susu, tetapi masih kurang mengetahui bagaimana susu segar dihasilkan dan diproses.

Bagi kebanyakan pengguna, perkataan ‘segar’ sering kali dikaitkan dengan tarikh luput yang tertera pada kotak susu.

Bagaimanapun, dalam dunia industri tenusu, kesegaran membawa definisi yang jauh lebih mendalam.

Susu segar secara amnya merujuk kepada susu yang diperoleh terus dari ladang tenusu dan diproses menggunakan kaedah yang direka untuk memastikan keselamatan makanan sambil mengekalkan ciri-ciri semula jadinya. 

Kesegaran susu dipengaruhi oleh beberapa faktor utama, termasuk kualiti susu mentah yang diperoleh dari ladang, tahap kebersihan semasa proses perahan susu, suhu penyimpanan, tempoh pengangkutan, serta kaedah pemprosesan yang digunakan.

Dalam pada itu, kesegaran bukan sekadar merujuk kepada berapa lama susu boleh disimpan sebelum tarikh luput.

Ia juga merangkumi kualiti keseluruhan produk seperti rasa, aroma, tekstur, kandungan nutrisi dan tahap keselamatan makanan.

RAMAI mengetahui tentang khasiat susu, tetapi masih kurang mengetahui bagaimana susu segar dihasilkan dan diproses. – Gambar Hiasan

Susu yang segar lazimnya mengekalkan ciri-ciri semula jadinya dengan lebih baik, sekali gus memberikan pengalaman minuman yang lebih memuaskan kepada pengguna. 

Faktor ini sering kali tidak kelihatan pada mata pengguna, namun ia memainkan peranan penting dalam menentukan kesegaran dan kualiti keseluruhan susu segar.

Pada masa yang sama, salah satu tanggapan salah yang paling besar dalam kalangan pengguna adalah bahawa semua susu melalui perjalanan yang sama dari ladang ke rak jualan.

Malah, bukan semua produk yang dilabel susu segar adalah serupa. 

Walaupun ramai pengguna menganggap bahawa kesemuanya terus dibotolkan selepas diperah dan tidak melibatkan pemprosesan yang mengubah bentuk fizikal susu, ada di antaranya telah melalui proses pengeluaran yang berbeza. 

Sesetengah produk diperbuat menggunakan susu mentah segar yang diperoleh terus dari ladang tenusu, manakala yang lain mungkin bercampur pepejal susu atau susu tepung yang kemudiannya dibancuh semula dengan air sebelum dibungkus untuk penggunaan.

Walaupun jenis produk yang berbeza mempunyai peranan tersendiri di pasaran, ramai pengguna mungkin tidak menyedari kewujudan perbezaan ini, apatah lagi memahami bagaimana ia mempengaruhi ciri-ciri susu yang mereka minum.

Ini menimbulkan satu persoalan penting: adakah pengguna benar-benar memahami apa yang mereka beli apabila memilih sekotak susu? 

Sama seperti asal-usul biji kopi atau hasil tani segar yang boleh mempengaruhi persepsi terhadap kualiti, sumber susu juga boleh mempengaruhi tahap kesegaran dan kualiti produk yang dihasilkan.

SUSU segar secara amnya merujuk kepada susu yang diperoleh terus dari ladang tenusu. – AFP

Mengetahui dari mana susu berasal dan bagaimana ia dikendalikan sebelum diproses boleh memberikan gambaran berharga tentang piawaian dan amalan di sebalik produk tenusu tersebut.

Bagi pengguna yang mahukan ketelusan yang lebih tinggi dalam pilihan makanan mereka, memahami sumber susu kini menjadi bahagian penting dalam proses membuat keputusan.

Hakikatnya, pengguna hari ini semakin peka terhadap makanan yang mereka beli. 

Tingkah laku mereka dalam membuat keputusan kini juga telah banyak berubah. 

Mereka ingin mengetahui asal-usul produk, cara ia dihasilkan, kandungan ramuan dan sama ada ia memenuhi jangkaan mereka.

Begitu juga bagi susu segar, pengguna kini lebih berminat untuk mengetahui dari mana susu diperoleh, bagaimana proses pembuatan dijalankan, piawaian kebersihan yang diamalkan serta langkah-langkah yang diambil bagi memastikan kualiti produk terpelihara.

Ketelusan dalam aspek ini membantu membina keyakinan dan kepercayaan pengguna terhadap sesuatu jenama susu.

Dalam hal ini, pengguna tidak perlu menjadi pakar tenusu.

Yang pentingnya, memahami asal susu yang diminum, bagaimana ia dihasilkan, apa yang terkandung di dalamnya, serta membiasakan diri membaca dan memahami maklumat pada label pembungkusan, boleh membantu pengguna membuat pilihan yang lebih bijak untuk diri mereka dan keluarga. 

Semasa memilih sekotak susu, apabila kesegaran menjadi faktor penilaian, tanyalah sama ada susu yang dipilih benar-benar segar, dan rujuklah label pembungkusan untuk mendapatkan maklumat penting mengenai kandungan, pemprosesan serta asal usul produk tersebut. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN