fbpx
Gambar yang dikongsikan di Facebook FADHLINA SIDEK

Perkhidmatan ambulans terhad di Buloh Kasap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Isu kekurangan perkhidmatan ambulans di Buloh Kasap, Segamat Johor perlu diberi perhatian bagi memudahkan penduduk yang memerlukan rawatan.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, Fadhlina Sidek, hari ini ketika mengadakan program ziarah rakyat.

“Terima kasih kepada Ketua Cabang Keadilan Segamat, Shamala dan pasukannya yang membawa saya menziarahi rakyat di Buloh Kasap.

“Kami singgah menziarahi seorang ibu yang perlu membawa anak dan suami mendapatkan rawatan di hospital.

“Isu utama adalah perkhidmatan ambulans yang terhad di daerah ini,” katanya di media sosial.

Susulan itu, beliau memaklumkan perkara tersebut kepada Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, Noraziah Mohd Razit (Rozy Razit), untuk tindakan susulan.

“Saya sampaikan isu yang terkait keperluan rakyat ini kepada saudari Rozy Razit sebagai calon PH untuk melihat secara keseluruhan isu kebajikan rakyat di DUN Buloh Kasap ini.

“Semoga diberikan afiyah dan dipermudahkan urusan buat keluarga ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN