fbpx
Mohd. Rosdi (tujuh kanan) bersama kepimpinan PKMM seluruh negara dan kontraktor pada mesyuarat itu di Shah Alam. Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

26,000 kontraktor Selangor ‘gulung tikar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Lebih 26,000 kontraktor di Selangor ‘gulung tikar’ atau tidak mampu meneruskan operasi perniagaan kerana kenaikan kos bahan binaan yang masih tidak menentu di pasaran.

Kekangan kewangan menyebabkan mereka terpaksa menarik diri daripada tawaran projek pembinaan dan tidak memperbaharui Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK).

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz berkata, Selangor merekodkan kontraktor paling tinggi berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) iaitu lebih 50,000 orang pada 2024.

Namun katanya, statistik PKMM mendapati jumlah itu kini hanya 24,000 orang dan menurun lebih 50 peratus.

“Antara faktor utamanya kerana keseluruhan harga bahan binaan masih tidak stabil dan kos itu ditanggung sepenuhnya oleh pihak kontraktor.

“Keadaan itu menyebabkan mereka tidak mampu dari segi kewangan lalu memutuskan tidak memperbaharui lesen dan memulangkan semula surat tawaran projek kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung PKMM Selangor kali-40 di sini.

Justeru, kata Mohd. Rosdi, kerajaan menerusi kementerian dan agensi berkaitan disaran menyemak semula jadual kadar harga terkini bagi mengelak 138,000 kontraktor berdaftar di seluruh negara gulung tikar.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN