fbpx
Barisan pemain Chelsea sedia dijangka memulakan kem latihan pramusim 2026/27 pada bulan depan.

Chelsea tagih sokongan peminat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peminat bola sepak di Malaysia dan Asia Tenggara bakal disajikan dengan aksi bertaraf antarabangsa apabila juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dijadualkan menentang Chelsea dalam aksi pramusim di Sultan Ibrahim Stadium pada 9 Ogos depan.

Pertemuan itu bukan sahaja menyaksikan pertembungan dua kelab juara, malah menjadi pentas pertama buat penyokong di rantau ini menyaksikan Chelsea di bawah kendalian pengurus baharu, Xabi Alonso.

Perlawanan berkenaan dijangka menjadi tumpuan ribuan penyokong yang mahu melihat sendiri pendekatan serta falsafah permainan Alonso ketika memulakan persiapan menghadapi musim 2026/27.

Pengarah Operasi Bola Sepak Chelsea, Pete Nuttall berkata, kunjungan ke Malaysia pasti menjadi pengalaman yang cukup bermakna buat seluruh warga kelab.

“Kami mempunyai kelompok penyokong yang luar biasa di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara, jadi ini pasti akan menjadi perlawanan yang sangat bermakna buat semua yang menyokong dengan Chelsea selama ini.

“Justeru, kami teruja untuk beraksi di stadium ikonik ini dan mencipta kenangan baharu bersama penyokong kami. Ia pasti menjadi pengalaman istimewa buat semua,” katanya.

Harga tiket perlawanan bermula serendah RM154 sehingga RM1,254 bagi tempat duduk VIP, dengan lima kategori tempat duduk disediakan dengan jualan promosi awal akan berlangsung sehingga 30 Jun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN