CARACAS – Dua gempa bumi kuat menggegarkan Venezuela semalam mengakibatkan kemusnahan yang meluas dan mengorbankan sekurang-kurangnya 188 orang, lapor akhbar Mirror.co.
Seramai 1,520 lagi mangsa cedera dan 157 hilang, dengan angka kematian dijangka teus meningkat ketika usaha menyelamat diteruskan, kata pihak berkuasa. Hampir 40,000 orang pula dilaporkan hilang melalui laman web tidak rasmi.
Gempa bumi bermagnitud 7.2 itu melanda barat Moron di rantau Caribbean, kira-kira 169 kilometer ke barat Caracas, sekitar pukul 6 petang (waktu tempatan) semalam, kata Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Kurang seminit kemudian, gempa bumi lebih kuat berukuran 7.5 magnitud berlaku, dengan pusat gempa berada 16 kilometer ke barat daya Moron.
Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan kenderaan bergoyang, asap memenuhi jalanan dan bangunan rosak teruk atau runtuh akibat gegaran dahsyat. – AGENSI














