fbpx
Fadhilah ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. FOTO JAPEN.

Dewan Rakyat: 11 pemaju, lapan syarikat sertai skim bekalan elektrik hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 pemaju bersama lapan syarikat pengguna hijau telah menyertai Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) setakat Mei lalu, membabitkan kapasiti tenaga boleh baharu kira-kira tiga gigawatt (GW).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, lapan pengguna hijau itu terdiri daripada syarikat pusat data, industri teknologi tinggi dan sektor pembuatan.

Menurut beliau, penyertaan tersebut menunjukkan minat yang semakin meningkat dalam kalangan industri terhadap mekanisme bekalan elektrik hijau secara terus, khususnya bagi memenuhi keperluan pengguna korporat berskala besar.

“Program CRESS yang dilancarkan pada 26 Julai 2024 membolehkan pengguna korporat mendapatkan bekalan elektrik hijau secara langsung daripada pemaju tenaga boleh baharu melalui akses kepada rangkaian grid,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Rodziah Ismail (PH-Ampang) mengenai status pelaksanaan dan jumlah peserta industri yang terlibat dalam CRESS.

Fadillah berkata, pelaksanaan CRESS turut menyokong sasaran negara meningkatkan kapasiti terpasang tenaga boleh baharu kepada 70 peratus menjelang 2050 seperti digariskan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN