fbpx
Barisan pemain Mexico meraikan kejayaan menewaskan Republik Czech sebentar tadi. - FIFA

Piala Dunia 2026: Mexico hantar Republik Czech ‘balik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEXICO CITY – Mexico meneruskan rentak sempurna apabila menewaskan Republik Czech 3-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A Piala Dunia 2026 di laman sendiri awal pagi tadi.

Kemenangan itu melengkapkan rekod sempurna Mexico dengan tiga kemenangan daripada tiga perlawanan, sekali gus mengesahkan status mereka sebagai antara pencabar utama kejohanan kali ini.

Meskipun sudah mengesahkan tiket ke pusingan 32 terbaik lebih awal, skuad kendalian Javier Aguirre tetap menampilkan aksi agresif dan tidak memberi ruang kepada Republik Czechuntuk menghidupkan peluang mereka.

Perlawanan pada mulanya dilihat menuju keputusan seri apabila kedua-dua pasukan gagal menemui sentuhan penyudah pada babak pertama.

Namun, Mexico tampil jauh lebih bertenaga selepas rehat dan memecahkan kebuntuan menerusi Mateo Chavez pada minit ke-55.

Gol tersebut membuka ruang buat Mexico menguasai permainan sebelum Julian Quinones menambah jaringan kedua berselang enam minit kemudian

Kemenangan bergaya Mexico kemudian disempurnakan oleh Alvaro Fidalgo yang meledak gol ketiga pada masa kecederaan.

Keputusan tersebut menyaksikan Mexico akan beraksi di pusingan kalah mati menentang salah satu pasukan tempat ketiga terbaik daripada Kumpulan C, E, F, H atau I di laman sendiri nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN