fbpx
PU Syed berkongsi gambar 20kg daging korban yang berbau dan kehitaman dihantar seorang individu kepada sebuah pusat pendidikan agama.

Tergamak sedekah 20kg daging korban hitam, berbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang individu didakwa menghantar sebanyak 20 plastik daging korban sewaktu Hari Raya Aidiladha baru-baru ini kepada sebuah pusat pendidikan agama, namun dikatakan sudah kehitaman dan berbau.

Menerusi hantaran dikongsikan pendakwah bebas PU Syed, kesemua daging korban tersebut tidak boleh dimakan kerana telah rosak dan akhirnya ia ditanam.

“Petang semalam ada hamba Allah hantar dekat 20 plastik daging korban kepada Kompleks Pendidikan Baitul Dhiya’. Tukang masak maklum yang daging tersebut dah berbau dan kelihatan daging juga sudah nampak kehitaman.

“Hamba Allah tu cakap berbau sebab darah. Ada ke macam tu? Semalam 7 Muharam, bermakna dekat sebulan baru daging ni diberikan kepada kompleks. Tuan-tuan semua, jika nak beri dalam keadaan daging masih okey, kami bersyukur.

“Tetapi dalam keadaan macam ni, baru nak diberikan, tidakkah ini tindakan yang tak bagus? Kami terima sumbangan, tetapi biarlah yang baik dan masih sempurna,” katanya pada hantaran berkenaan.

PU Syed turut mengingatkan orang ramai supaya bersedekah dengan sesuatu yang terbaik sekali gus berharap perkara itu tidak berulang kembali.

“Akhirnya dekat 20 kilogran daging yang dihantar semalam, kami tanam sahaja. Janganlah ulang perkara sama wahai tuan dan puan.

“Berilah sesuatu yang terbaik, bukan sisa-sisa kepada mana-mana madrasah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN